CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, November 22, 2008

My parents.


Allahyarham Hj Abdul Rahman bin Taman bin Dagang. (Born 1916 died 1989)

Allahyarhamah Hajah Zainab bt Hj.Hamzah Bin Hj Hassan Bin Hj Mahat.(Born 1921 died 1987)

Gambar ni diambil dalam tahun 1969 semasa Abah & Mak baru balik daripada mengerjakan Haji. Gambar black & white ni dirakam oleh Cina tukang gambar daripada Sg.Mati.

Rumah dalam gambar ni masih ciri lama, yg sama sekarang cuma tangga aje. Masa tu di kampung masih tak ada electricity, mlm2 pakai pelita. Kita orang masa tu baru pindah daripada bandar Muar sebab Abah dah pencen..

Perhatikan basikal besar berpalang lagi, kita orang panggil basikal Jaguar, bila Abah meninggal basikal tu kami berikan pada Penghulu Hamid, yg berminat kat basikal tua tu.

Masa tu ditepi rumah ada pokok kelapa gading, rendah pokok tu dan mmg byk buah kelapa. Sekarang ada pokok bunga kertas aje..

0 comments: