CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Thursday, March 18, 2010

14 March- Majlis perkahwinan anak Halimaton

Selamat Pengantin Baru..Hafiz & Maz

Halimatun (sepupu) mengadakan majlis perkahwinan anak sulong dia Hafiz yang diadakan di rumah arwah bapanya,Pak Uda Hamid di Bt 8 1/2 Bukit Kangkar..
memang meriah bila majlis diadakan di laman rumah di kampung pulak tu hari panas terik..

Pengantin di arak daripada rumah Mak Lang, sebelah rumah aje..tu pun tergangu la kejab lalu traffic di jalan tu (jalan yg sentiasa sibuk dgn lori & kereta)
Di pintu masuk ada penjual aiskrim, ais krim di borong oleh tuan punya majlis, jadi ais krim free hadi tu..ada gak tempat unduk pemukul gendang & gong..
Al maklum la rumah Mahaguru Silat Sending arwah Hj.Hamid Hj Hamzah.
Pertunjukan silat ..
gambar diambil drp verandah rumah..mmg ramai tetamu memeriahkan majlis hari tu..
bergambar kenangan dgn mak pengantin Halimatun Hj Hamid.

berkumpul adik beradik, sepupu & Pak Lang..biasa bila ada majlis mcm ni la kita berkumpul, berbual..
ada persembahan tarian zapin..
part ni yg paling seronok..pengantin membaling duit ambo-ambo, berebut2 budak2 memungutnya..
hari dah gelap..sempat lagi posing dgn Aqila kat kereta pengantin yang parking kat rumah Mak Lang
ni posing kat pokok bunga kertas yang cantik berbunga, kat bangsal pulak tu..

Sunday, June 28, 2009

Kenduri..

Sabtu 27 June

Kenduri tahlil dan doa kesyukuran untuk keluarga telah diadakan di rumah Mamat di Pandan Indah., Selepas berjemaah untuk maghrib kami membaca yassin dan tahlil ringkas untuk arwah ibu bapa kami dan juga arwah kaum keluarga yang telah meninggalkan kita.

Doa kesyukuran kerana kita akan menyambut kedatangan bulan ramadhan tak lama lagi, kesyukuran kerana dipanjangkan umur dan dilimpahi rezeki dan semoga hidup lebih dirahmati Allah swt..
Dah 12 mlm, tetamu dah habis balik baru bole posing..maknoor, azlina, najiha & ina.

ni aje gambar kuih yg diambil drp HP (batteri kong), walhal byk lauk2 & kuih, kek lapis asam tu Ena yg buat...manis nya




Naim mengetuai kumpulan 'pembasuh pinggan'.. (dbk lepasan SPM tu) [dgn harapan dapat habuan drp tuan rumah..]

Thursday, March 5, 2009

terkenang..

Ni gambo tahun berapa ek?
Arwah Atok aku Aishah bt Othman (meningggal dunia February 1979)
dgn arwah Pak Anjang Othman bin Hj Hamzah & arwah Mak Anjang Asmah (mereka ni tinggal di Singapura) Kanak -kanak tu anak2 Pak Anjang si Rahimah & Hasnah..Dah jadi mak orang dah memasing..

Wednesday, February 11, 2009

dulu & kini

Tahun 1974...

Drp kiri Khalidah, Me, Azmah & Adib..

tgh cun & slim2 semua..

kini ke tahun 2009masih cun tetapi...
masih manis tetapi..
tu la akibat termakan ibu roti...sedih
Asalkan kami sihat alhamdulilah..





Monday, February 2, 2009

Aqila & Azhad birthday party

Happy birthday to Aqilla 14 & Azhad 12.
Tema hari tu..Merah atau Biru atau hitam..apa apa la je.Belon merah & biru (warna bendera Johor tu)
Azhad dgn kek yg dihias oleh mak dia.
Coklat kek import drp Muar , buatan Kak Ana..
(Aku teringat kek coklat Che Pah, belum ada tandingan w/pun drp secret recipe)Aqila..(ngapa la photographer aku ni, ambil gambar semua ngak sempurna..jadi le)

Alya..

Mak dia...

Bapak dia...

Kembar..


Azmah dan tetamu kecil..

Aqila & tetamu..semua pakai baju bola..

Musical chair..

Get ready utk rebut 'ang pow'
Selamat hari jadi, moga panjang umur , murah rezeki dan taat kepada ibu bapa tau..amin..

Friday, January 30, 2009

BBQ-mesra merah..

Sunday 25th Jan, buat BBQ di rumah kpg bkt kangkar.Tema mlm tu merah & biru ,warna bendera Johor (patriotik la pulak)lagipun sempena raya cina..Terima kasih kerana semua menepati TEMA..sporting gitu..

Tiup belon tuk deco..dah sama besar dgn belon...

20:10 Sibuk menyediakan bara api utk membakar.dpt tangkap gambo drp belakang je..

20:11 Ada steamboat lagi, Najihah sengih ngapa...

21:02 Apa2 hal, makan dulu..air biru tu..(mcm ubat biru)


21:04 Byk betul gambar drp belakang..

21:50 baru ada tetamu..Khalidah & the gang..Yang bersongkok Mero suami Khalidah dgn yang berbaju merah kekenyangan..

22:14 .Melayan khalidah makan..sory tak muat gambo..

22:25 ni masa main musical chair..sebelum tu kita dah main 1. rebut angpow, 2. tiup belon.

22:26 Nami 1st kena keluar...sah tak alert..

22:26 Ina jadi 'anak keladi' jaga musik..Nami dah kena keluar pun ikut keliling kerusi..

22.28 budak2 ni ngelat..pegang kerusi pulak..

22:29 Aku masih in action..tinggal 5 org je..

22:50 Aku dah kalah..tinggal Najwa, Najihah, Aqilah & Izzat

22:31 Final 3..Najwa, Najihah & Aqilah..

22:32 Finalist..Wawa & Najihah...

22:32 Pemenangnya Wawa..(aku nampak Najihah dudok dulu, tapi pungok dia kecik, Wawa dudok byk , Declare Wawa la menang..) Hadiah sabun mandi EUBOS, Najihah dpt diary merah Ambank.

22:50 Next game, main passing parcel(bantal)..yg kena denda semua dpt present..(dlm karung tu ada limau & perfume/ubat ketiak/lipstik pun ada)
22.51 Mereka yg didenda..kena buat shuffle..Najmi yg ajar..
Tu aje gambar drp camera aku.klu ada lagi nanti post la..
NAMPAK MCM SEMUA ENJOY KAN . TAHUN DEPAN KITA BOLEH BUAT LAGI...