CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, November 30, 2008

SAB alumi meeting

Gambar2 semasa mesyuarat bekas pelajar2 Sultan Abu Bakar Muar yang diadakan di rumah 3 tingkat Tan Sri Muhiddin md Yassin di Bukit Damansara. Kelas gitu .. Puan Sri Noraini Abdul Rahman tu bekas murid Sultan Abu Bakar Muar. Lupa lak tarikh meeting tu, dah 2 thn lepas ni..

Since aku bekas pelajar SAB, tu yang aku datang tu..tak ramai yang datang masa ni.Terasa diri ni muda sekali kerana yang datang tu .senior2..termasuk Puan Atikah Adom sebagai MC, Puan Inom (ibu Yasmin Ahmad) yang Englishnya mmg berabuk..respect tu..Puan Mariam Tan Sri Sulaiman Ninam Shah (bawak kuih specially order drp Muar).Majlis yang santai dan mesra sekali..





Puan Atikah Adom & Puan Sri Noraini..

Wednesday, November 26, 2008

14th Malaysia Jewelry Festival

Nov 22..Saturday.

Aku kena kerja pagi tu..half day. Maya call ajak teman dia pergi appointment, ingatkan ke mana..rupa2nya ke Jewelry show di KLCC. Nak masuk kena register dan bayar masuk Rm10.00 and free utk aku sbb Public Bank customer..
Cocktail ring ni aje yg mampu di beli..cantikkan ...Batu Peridot, ruby & emerald..Sebenarnya utk cuci mata aje, tgk fashion show kejab..mak ai model nya kurus kering sih..First booth yg kita orang singgah..jual 'Amber' drp Poland..tak tahu ape yg specialnya, ramai pengunjung kat situ..Pandangan dlm convention centre tu, pengunjung mcm nak beli semua..Cincin batu kecubong.AmethystLagi batu batan yg dibeli..sampai tak cukup tangan nak posing..bracelet yellow topaz, gelang white jade, freshwater pearl...Freshwater pearls bracelet ..Esok hari tu pergi lagi ..saja meramaikan festival tu..ni bracelet batu 'garnet' melaram jap..yg kuning tu gelang emas peninggalan mak aku..

Sesekali terasa mcm org kaya2 la shopping jewelry..

Saturday, November 22, 2008

My parents.


Allahyarham Hj Abdul Rahman bin Taman bin Dagang. (Born 1916 died 1989)

Allahyarhamah Hajah Zainab bt Hj.Hamzah Bin Hj Hassan Bin Hj Mahat.(Born 1921 died 1987)

Gambar ni diambil dalam tahun 1969 semasa Abah & Mak baru balik daripada mengerjakan Haji. Gambar black & white ni dirakam oleh Cina tukang gambar daripada Sg.Mati.

Rumah dalam gambar ni masih ciri lama, yg sama sekarang cuma tangga aje. Masa tu di kampung masih tak ada electricity, mlm2 pakai pelita. Kita orang masa tu baru pindah daripada bandar Muar sebab Abah dah pencen..

Perhatikan basikal besar berpalang lagi, kita orang panggil basikal Jaguar, bila Abah meninggal basikal tu kami berikan pada Penghulu Hamid, yg berminat kat basikal tua tu.

Masa tu ditepi rumah ada pokok kelapa gading, rendah pokok tu dan mmg byk buah kelapa. Sekarang ada pokok bunga kertas aje..

Wednesday, November 19, 2008

Nov.15, Malam Kenduri Tahlil..

Sebelah mlm, selepas sembahyang maghrib..kami sekeluarga membaca yaasin dan tahlil ringkas utk arwah2 khusus utk arwah Ahmad Khalil yg baru 40 hari meninggal dunia..


Jemputan dan jemaah drp surau dtg utk tahlil selepas isyak..Kaum wanita duduk di dapur sementara tahlil diadakan di rumah atas..Noraisah, Sidah, me & Khalilah..Nami sibuk aje tu

Wan Nor bersama kenkawan arwah Alil.. Mak Ngah dtg drp KL, tgh melayan dia berbual drp kiri Noraisah, Khalilah & Hafizah. Yg sandar di tiang tu anak Zahim, Zafira..Selepas tahlil, acara potong jambul anak Aida..Penyambut tetamu, baju sedondon..sori Ena gambar kau drp belakang je..


Acara seterusnya menjamu selera..Pak Ngah Hashim dtg drp Kl, dah uzur tapi tetap mahu bersama dlm majlis keluarga..Ngah Fuah menemani Mak Ngah Safiah & Mak Itam makan di dapur..Membungkus bekalan berkat utk diberi kepada saudara mara..


Acara seterusnya ..tgk album lama..

Anak2 muda tolong cuci pinggan mangkok ye..Pipi bkn main rajin menolong 2 budak perempuan drp sek Bukit Kepong..Aqila tlg basuh pinggan ke atau main HP, sms la tu..Birthday boy, Lugman dan Nafis pun kena basuh pinggan gak..


Acara seterusnya..memotong kek, Luqman hakim 15th birthday.15.11.93

~Happy birthday to you
~You are born in the zoo
~With tigers and lion
~and the monkey are you

Sama hari lak dgn birthday Chah.(mmg jurugambar kokak..tak masuk kepala dia) Kek secret recipe..dlm 5 minit..udah habis...
Sebelum habis..bakar mercun KLCC..tapi tak de gambo..

Tuesday, November 18, 2008

Nov.15..Di Bukit Kangkar,Muar

Pagi Sabtu Nov 15, balik kpg sebab ada kenduri tahlil utk arwah Ahmad Khalil yang diadakan di rumah peninggalan orang tua di Bkt Kangkar. Menu utk mlm tu adalah nasi beriani dgn ayam masak merah, daging kurma & dalca.
Long selaku chief cook utk petang tu..kena dudok atas kerusi tu..

Assistant cook punya la ramai, yg berlakun pun ada tu..

Azwan & wife Azlina mengikut arahan chief cook..kacau dgn kayu centong..
Ramainya tukang hidupkan api kayu utk 1 tungku aje..punya la lama utk api marak..tapi berjaya gak..Time utk menumis nasi..Nafis ngelat, makan tak habis2..

Jalan depan rumah sibuk gak kerana ramai VVIP lalu utk ke majlis kenduri kahwin anak MB Johor, Ghani Osman. Minta maaf la kami tak dtg sebab kita orang sibuk dirumah..

Najmi & Najihah atas tangga, tgk kereta2 VVIP lalu, sambil tu cari kutu ke..

one for the pose...peace..
Gambar2 masa kenduri akan dipost nanti...