Dear Muarians,
Disini ada la beberapa photo di ambil drp http://www.anakmuar.com/ Gambar2 yg mengembalikan nostaligia bandar Muar, tempat kelahiran saya.

Masjid kedua

Dulu 'Tangga Batu' jeti ferry utk mengankut penumpang & kereta ke seberang sungai.. Masih ku ingat lagi masa tu, kecik2, tiap minggu balik kpg Sg,Mati. Kami tinggal di Jln Sulaiman Muar. Merasa la jugak naik ferry sebelum naik bas ke kpg. Kemudian jambatan Sultan Ismail dibina , ada tol masa tu, zaman Tun Razak. tak lama lepas tu tol dilupuskan..
Gambar jambatan Sultan Ismail..
Jambatan kedua Muar
Pandangan badar Muar drp seberang sungai..
Jln Abdullah, biasanya tak sesepi mcm ni..
Bangunan kedai-kedai di Jln Maharani..baik2 jln kat situ, kena tahi burung nanti..
Kastam Muar..1909..lama tu (pink color gitu)
Istana hinggap di Jln Petrie
Bangunan pejabat kerajaan..pandangan drp Padang hoki High School Muar
Bangunan pejabat kerajaan waktu malam..
credit to anak muar



Warehouse ni dekat rumah aku, tadi gi kejab..mak oi..ramainya org..tempat kecik..so kena queue tu tgk merchandise item..


