CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, December 10, 2008

School days

Tahun ni Hari Raya Aidil Adha, aku sambut di Bukit Kangkar kerana Adib buat majlis reunion pelajar Sekolah Abdullah Sg.mati. utk pelajar tahun 1971 hingga 1976 di rumah kami di Bt 8 1/2 Bukit kangkar. Sila lawat blog ini.Bangkit Senyum
Hujan yang turun daripada 5 pagi sampai ke petang tak menghalang majlis berjalan lancar .

Bila Adib sibuk dgn reunion dia, aku pun nak cari gambar2 lama yang tak banyak dalam simpanan aku..Dari kiri, Zainab Sharif, Armiati Ismail, Ramlah Abu Bakar, Normah Hambali, Norliza Zakaria & Saadah (semua nama masih ingat sebab kami semua tinggal di asrama)
Gambar masa pertandingan koir peringkat daerah Muar di Sekolah Convent Muar. SAB jadi juara utk wakil daerah Muar ke peringkat negeri Johor.
Nama2 yang aku masih kenal dari gambar ini..Barisan atas ada ,yg paling kiri Veronica dan Fazilah Musa yang hujung tu..barisan depan baju pink Norliza Bakar,lupa nama amoi ni & Raha Hassan, yg baju biru Salimah, Norlida Abd Kadir, yg hujung tu..Mariam Haron..

Gambar ni masa sports day, ada persembahan tarian atas padang. Oleh kerana sekolah kami all girls school, ada yang kena pakai baju lelaki..Berdiri daripada kiri Haliza Md Said, Hashimah, Hafiza Hashim, Sharifah Hanim Syed Mustapha, Julia Nasir, Zora Ali, Saadah. Barisan depan Armiati Ismail, Zubaidah, Adida Majid, Zulaikha Abd Rahman, Zuridah Ayob, Norliza Bakar & Dewi Hashim.

0 comments: