CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, June 26, 2009

Micheal Jackson dies

..So aku mmg peminat Micheal Jackson..sbb drp kecik aku dah pandai dengar lagu2 MJ.drp kecik mmg tgk siri Jackson 5 (cartoon)..lagu Ben lah yg paling menyentuh hati..mendayu2..

minat MJ masa dia macam dlm gambar ni...

nostalgia..child star Micheal Jackson & Jackson 5



Masa ni MJ mmg meletop..lagu2 Billie Jean, Beat it

MJ dah putih..dgn Janet..

LaToya, Micheal & janet
MJ dgn anak2 dia.Prince & Paris..apa la akan jadi pada bdk2 tu nanti..

Tuesday, June 16, 2009

Mana Setanggi nya


Di Mana Setangginya

Di Mana Setangginya membawa kisah masyarakat nelayan dan petani. Pohon Setanggi adalah salah satu hasil pendapatan mereka. Di dalam kehidupan masyarakat tersebut, mereka mempunyai 1 peraturan yang pelik, mereka dilarang menangkap ikan pada hari Sabtu, kerana hari tersebut dikhususkan kepada kerja-kerja beribadat.

Tidak berpuas hati dengan peraturan tersebut, sekumpulan nelayan yang diketuai oleh Hawar (Shaharuddin Thamby) menentang dan berpindah ke atas bukit. Kehidupan mereka menjadi mewah sehinggalah kedatangan Unza (Iqbal Taufik) mengubah kehidupan mereka dengan 1 falsafah yang baru.

Konflik masyarakat tersebut meningkat apabila Juda (Tony Eusoff), anak kepada Hawar mengahwini Iriam (Sabrina Ali Khan), anak kepada Ibra (Azman Abu Bakar). Silbi (Mohd Nor Fatih) dan Subhat (Rudy de Luna) kemudian menabur fitnah ke atas Iriam.

Juda dan Hawar kemudian mengistihar diri mereka sebagai Raja. Semua penentang akan diserang dan semua tangkapan orang kampung hanyalah boleh dijual kepada mereka sahaja. Sikap ini ditentang oleh Uzza dan Paderi (Abdul Mutalif Bakar) kemudian di tangkap oleh Uzza. Untuk menyelamat mereka, Ibra diminta membayar 10 bakul ikan sebagai tebusan dan menyerahkan anaknya, Iriam, isteri Juda kepada Uzza.

Tiba-tiba turunlah ribut yang maha dahsyat serta halilintar yang membelah suasana. Belut gergasi yang dibela Uzza akhirnya memakan tuannya serta membunuh Hawar.

Akhirnya, Juda telah pun menemui sodom wa gamurahnya. Itulah pengajaran kepada kisah ini. Memang benar, manusia dijadikan di tahap yang tinggi, tetapi ia kembali kepada Tuhannya dalam tahap serendah-rendahnya.
SENARAI WATAK/PELAKON
Artist

Iriam-Sabrina Ali Dad Khan
Juda-Tony Eusoff
Ibra-Azman Abu Bakar
Hawar-Shaharuddin Thamby
Silbi-Mohd. Nor Fatih Moktar
Subat-Rudy De Luna Jr
Uzza-Iqbal Taufik
Mira-Azizah Mahzan
Megda-Norhana Othman
Naomi-Aniza Baharom
Paderi Tua-Zambri Mohamad
Paderi-Abd. Mutalif Abu Bakar
Sami-Mohd. Nizam Alias
Menteri Pembiakan Zuriat-Mahmood Hj. Ibrahim
Pemuda Seberang Laut-Razwan Raimin
Prop kat lobby ada pokok setanggi lagi tempat membeli tiket..aku dpt tiket free..thanks to Che Ah..









































Dgn Hanim, Jihan & Jaja

Tgh tunggu time masuk..dgn Hanim dan anak2 dia Johan & Jihan

Sharifah Hanim & me

Jaja (menantu Hanim dgn Sharifah Raha (adik Hanim & pelakon teater ) Thanks to Che Ah for the tiket.

Jihan gambo dgn poster mak sedara dia..
Last2 ada anakonda keluar..special effect dia canggih mlm tu..tabik spring tuk Istana Budaya..

Monday, June 15, 2009

Kanak-kanak

13 June 2009
sepetang dgn anak2 Khalilah di Bandar Mahkota Cheras..

Hadif a.k.a Latif (nickname yg di beri olih Atok dia)
Harash ..ada tilam dada tilam depan TV..

Hazrat a.k.a Akim(nick name utk dia pabila di Kpg)..

mandi time..enjoy tul diaorang

Akim suka posing walaupun tgh mandi

lapar selepas mandi..
Trivia..siapakah kanak2 ini..?
budak pompuan ni masa kecil kuat nangis..la ni senyum & tawa aje..ish ..ish..ish..

Wednesday, June 10, 2009

Jom makan...

07 June 2009, Sunday

Tak de plan pun, ptg yg panas tu kita orang keCyberjaya tuk cari 'nasi Arab'
Aku join Fadzillah & Ena, Idris & family..later Mamat & family join ...

'Dilarang masuk' tu nak kemana korang semua..
Posing la pulak..kita orang tunggu Mamat yg last minute decide to join..

we decide to try nasi Arab at 'Restoran Saba' not bad la..


relax sambil ambil angin...

ni la rupa 'nasi Arab'..ni aje yg sempat diambil gambo..

HP battery dah low..


Sori la Wawa..tak clear gambo kau.










Lepas maghrib baru kita mula makan..
sampai ke 10.30mlm kita org lepak ..seronok lak




Sunday, June 7, 2009

Untukmu Sudirman

5th June 2009



Aku mmg peminat arwah Sudirman. Bilamana Hanim kasi message yg Che Ah(adikHanim kerja di IB) ada tiket free to konsert Sudirman ..tak fikir panjang..terus aku siap2 gi Istana Budaya mlm tu ..








dimana-mana ada muka PM baru kita ek..


Panggung Sari di Istana Budaya..


ni tiket aku...syg lak tak utilise the other tiket..


banner2 at Panggung Sari..ada lagi muka PM ni...


bila stage tuko ke set bilik sudir..terperanjat gak tgk ada Sudir kat situ..penampilan khas Que Haidar..


Ikwal Hafiz Ismail salah sorang penyanyi tuk konsert tu..

tak kenal sape bdk ni..tapi suara & nyanyian bagus sih....












drp jauh saling tak tumpah rupa Akim..terperanjat aku bila pulak siAkim dah jadi penyanyi






Konsert Untuk Mu Sudirman akan berlangsung pada 4hb sehingga 6hb Jun 2009 dengan kerjasama Istana Budaya. Konsert yang akan dijayakan oleh beberapa artis tempatan tanahair ini akan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Ia akan menampilkan lagu-lagu hits daripada Allahyarham Sudirman Hj Arshad.Konsert ini diadakan bagi mengenang jasa-jasa beliau di persada seni Negara, dengan anugerah dan pencapaian Allahyarham semasa hayatnya. Anak seni yang tidak boleh ditukar ganti, yang sentiasa diingati setiap kali lagunya berkumandang diradio sehingga masakini. Ianya satu penghormatan kepada Sudirman.Konsep yang akan dipertengahkan. Kali ini kami akan menampilkan konsep "Cerita Dalam Lagunya", kerana setiap lagu Sudriman menceritakan tentang masyarakat sekelilingya, ada juga yang berunsur nasihat dan terkadang menceritakan tentang dirinya sendiri. Dalam Konsert ini kami persembahkan apa yang ingin Sudirman ceritakan didalam sesuatu lagunya.
antara penyanyi mlm tu..
Tabik spring to Haziq, Adibah noor...mmg best..

Takziah to Jek




05 June 2009..

Takziah to dearest Jek (Hasimah Jaafar) kerana kematian anak sedara dia. Innalillah...

Jek berada di Florida masa ni kerana buat PHD. Dia baru pergi pada 6 May hari tu..

Ni kali ketiga ahli keluarga terdekat dia meninggal semasa Jek keluar negeri utk belajar. Semasa dia belajar di UK, kakak dia JJ meninggal kerana cancer.

Semlm semasa be YM dgn dia..Jek sesangat la sedih kerana anak buah nya itu baru berusia 8 thn. Itu la satu2nya anak perempuan abang Jek , Shimmi..Kanak2 tu meninggal dlm perjalanan drp Muar ke condo Jek di KL utk holiday. Di Florida, Jek telah pun siap membeli baju gaun tuk anak sedara dia ni..
Kita hanya merancang..Tuhan menentukannya..Allah s.w.t lebih menyanyanginya...