
Aku mmg peminat arwah Sudirman. Bilamana Hanim kasi message yg Che Ah(adikHanim kerja di IB) ada tiket free to konsert Sudirman ..tak fikir panjang..terus aku siap2 gi Istana Budaya mlm tu ..






Ikwal Hafiz Ismail salah sorang penyanyi tuk konsert tu..
tak kenal sape bdk ni..tapi suara & nyanyian bagus sih....

drp jauh saling tak tumpah rupa Akim..terperanjat aku bila pulak siAkim dah jadi penyanyi
Konsert Untuk Mu Sudirman akan berlangsung pada 4hb sehingga 6hb Jun 2009 dengan kerjasama Istana Budaya. Konsert yang akan dijayakan oleh beberapa artis tempatan tanahair ini akan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Ia akan menampilkan lagu-lagu hits daripada Allahyarham Sudirman Hj Arshad.Konsert ini diadakan bagi mengenang jasa-jasa beliau di persada seni Negara, dengan anugerah dan pencapaian Allahyarham semasa hayatnya. Anak seni yang tidak boleh ditukar ganti, yang sentiasa diingati setiap kali lagunya berkumandang diradio sehingga masakini. Ianya satu penghormatan kepada Sudirman.Konsep yang akan dipertengahkan. Kali ini kami akan menampilkan konsep "Cerita Dalam Lagunya", kerana setiap lagu Sudriman menceritakan tentang masyarakat sekelilingya, ada juga yang berunsur nasihat dan terkadang menceritakan tentang dirinya sendiri. Dalam Konsert ini kami persembahkan apa yang ingin Sudirman ceritakan didalam sesuatu lagunya.





antara penyanyi mlm tu..
Tabik spring to Haziq, Adibah noor...mmg best..
0 comments:
Post a Comment