Di Mana Setangginya
Di Mana Setangginya membawa kisah masyarakat nelayan dan petani. Pohon Setanggi adalah salah satu hasil pendapatan mereka. Di dalam kehidupan masyarakat tersebut, mereka mempunyai 1 peraturan yang pelik, mereka dilarang menangkap ikan pada hari Sabtu, kerana hari tersebut dikhususkan kepada kerja-kerja beribadat.
Tidak berpuas hati dengan peraturan tersebut, sekumpulan nelayan yang diketuai oleh Hawar (Shaharuddin Thamby) menentang dan berpindah ke atas bukit. Kehidupan mereka menjadi mewah sehinggalah kedatangan Unza (Iqbal Taufik) mengubah kehidupan mereka dengan 1 falsafah yang baru.
Konflik masyarakat tersebut meningkat apabila Juda (Tony Eusoff), anak kepada Hawar mengahwini Iriam (Sabrina Ali Khan), anak kepada Ibra (Azman Abu Bakar). Silbi (Mohd Nor Fatih) dan Subhat (Rudy de Luna) kemudian menabur fitnah ke atas Iriam.
Juda dan Hawar kemudian mengistihar diri mereka sebagai Raja. Semua penentang akan diserang dan semua tangkapan orang kampung hanyalah boleh dijual kepada mereka sahaja. Sikap ini ditentang oleh Uzza dan Paderi (Abdul Mutalif Bakar) kemudian di tangkap oleh Uzza. Untuk menyelamat mereka, Ibra diminta membayar 10 bakul ikan sebagai tebusan dan menyerahkan anaknya, Iriam, isteri Juda kepada Uzza.
Tiba-tiba turunlah ribut yang maha dahsyat serta halilintar yang membelah suasana. Belut gergasi yang dibela Uzza akhirnya memakan tuannya serta membunuh Hawar.
Akhirnya, Juda telah pun menemui sodom wa gamurahnya. Itulah pengajaran kepada kisah ini. Memang benar, manusia dijadikan di tahap yang tinggi, tetapi ia kembali kepada Tuhannya dalam tahap serendah-rendahnya.
SENARAI WATAK/PELAKON
Artist
Iriam-Sabrina Ali Dad Khan
Juda-Tony Eusoff
Ibra-Azman Abu Bakar
Hawar-Shaharuddin Thamby
Silbi-Mohd. Nor Fatih Moktar
Subat-Rudy De Luna Jr
Uzza-Iqbal Taufik
Mira-Azizah Mahzan
Megda-Norhana Othman
Naomi-Aniza Baharom
Paderi Tua-Zambri Mohamad
Paderi-Abd. Mutalif Abu Bakar
Sami-Mohd. Nizam Alias
Menteri Pembiakan Zuriat-Mahmood Hj. Ibrahim
Pemuda Seberang Laut-Razwan Raimin
Prop kat lobby ada pokok setanggi lagi
tempat membeli tiket..aku dpt tiket free..thanks to Che Ah..
Dgn Hanim, Jihan & Jaja
Tgh tunggu time masuk..dgn Hanim dan anak2 dia Johan & Jihan
Sharifah Hanim & me
Jaja (menantu Hanim dgn Sharifah Raha (adik Hanim & pelakon teater ) Thanks to Che Ah for the tiket.
Jihan gambo dgn poster mak sedara dia..
Last2 ada anakonda keluar..special effect dia canggih mlm tu..tabik spring tuk Istana Budaya..