Chinese New Year-mesti la utk balik kpg..
drp dulu klu cuti raya cina mesti balik kpg sbb cuti lama sikit. Bergambar atas tangga rumah, maintain slim masa tu..
Kenangan yg tak boleh dilupakan semasa cuti raya Cina thn 1979, arwah Atok(Aisha bt Osman) meninggal dunia. Umur dia ketika itu 78 thn (born 1901) Pagi tu Pak Anjang(arwah) dah nak balik Spore lepas cuti kat kpg, aku pepagi dah pergi rumah atok (rmh aku selang 2 buah rumah dgn rmh atok) berbual dgn sepupu2. Bila Pak Anjang dah bertolak, baru la balik rumah utk mandi & kena tolong masak nasi utk makan tgh hari.
Tgh membasuh beras utk masak nasi, Razip berbasikal dtg rumah beritahu Atok dah nazak. Long suruh siapkan cuci beras tu, tenggekkan atas dapur dan lari gi rumah Atok. Kat sana Pak Uda(arwah) tgh mengajar kalimah pada atok, dan kejab lepas tu Atok sudah menghembus nafas yg terakhir.Alfatihah.
Bergegas balik ke rumah utk tengok nasi tadi, lum mendidih lagi, betapa cepatnya Atok pergi walhal pagi tu mcm sihat aje..
Satu pengalaman sebab 1st time ngadap orang habis nyawa dan 1st time ada keluarga terdekat meninggal dunia.Baru tu belajar tengok family menghadapi kematian.Tahun lepas raya cina, kita org berkumpul dirumah, buat bbq dgn anak2 Mak Lang. BBQ ayam, kambing, bakar satay...sempoi aje & seronok sekali2 berkumpul.
Esok..sekali lagi nak buat BBQ. dilantik Ina sebagai event manager..
So to be updated lagi esok...happy holidays..
0 comments:
Post a Comment