
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
..dah seminggu cuti, baru ada masa nak update ni..
Ketupat..mesti ada untuk hari raya

gotong royong menganyam ketupat dirumah Mak Lang dgn Azmah & Zahim..
budak2 sekarang sayangnya semua tak pandai menganyam..

Pagi raya, selepas solat sunat Hari raya, pergi menziarah kubur kedua ibubapa di Bukit kangkar, kubur mak & abah bersebelahan..


Lepas ziarah kubur, ke rumah Pak Lang untuk majlis tahlil & Marhaban. Perjumpaan dan berkumpul begini adalah tradisi keluarga Hj.Hamzah dirumah peninggalan hj.Hamzah..Kami mula berkumpul setiap hari raya pertama ni, sejak tahun 1992..sudah 18 kali..

di dapur , berbual sementara menunggu keluarga Pak Ngah tiba..

Hidzir mengetuai bacaan tahlil hari tu, tahun2 yg lepas Pak Ngah sendiri yg membawa, lepas tu Ngah Fuad tapi tahun ni, dah uzur2 mereka ini..

sebahagian keluarga lelaki yang ada hari tu..

Pak Lang mengetuai Marhaban, sedap nya suara dia..

semasa marhaban, mmg meriah pulak tu ada sistem audio yg canggih tu..

Pak Ngah diatas kerusi roda, di ankat oleh cucunya naik ke atas rumah..tinggi tu

mengaminkan doa, sebahagian drp kaum perempuan..

one for the photo...ramai yg tak masuk ni...

menjamu selera..pot luck, menu drp rumah masing semua sama je, ketupat, rendang daging, daging kurma, kari ayam, kuah lodeh, kuah kacang..

air syrap bandung special oleh tuan rumah..
lepas tu..photo session la

bergambar di jendela...cantik langsir..

cantik ukiran jendela rumah atuk aku..

ada 9 tingkap kat rumah atas ni, tapi view drp tingkap ni yg gambar jadi cantik

tinggal 2 beradik je anak2 Hj Hamzah..,

bergambar time..riuh aje la..

drp keluarga Zainab..

drp keluarga Hashim

sekali lagi..group photo...
malam...sessi main bunga api..



kanak2 ribena..
to be continued...Hari raya ke2 pulak...